Sabtu, 16 Februari 2013
Shalat Hajat
17.25 | Diposting oleh
Unknown |
Edit Entri
SHALAT HAJAT
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
.
.
Solat
Sunat Hajat merupakan
solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam
permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan
daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu
yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun
ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih
di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
Rasulullah
SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai
hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk
dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat
At-Tarmizi)
Imam Ahmad
meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW
bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan
menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah
memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”
.
Solat
sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang
melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat
apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu
berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.
.
Solat
hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu
siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi
selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya
lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.
.
Solat
Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12
rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan
kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu
memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah
melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di
makburkan...
FADHILAT
SOLAT HAJAT
- Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
- Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
- Permohonan dimakbulkan Allah SWT..
PANDUAN
SOLAT HAJAT
.
Sekiranya
dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan
Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian
berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang
bersih dan afdalnya berwarna putih.
Alhakim
berkata,“Sesiapa yang melaksanakan solat sunat
hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan
solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”
Sebaiknya
dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat
Sunat Hajat.
.
.
CARA
MELAKSANAKAN SOLAT HAJAT
.
Dirikanlah
Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13
rukun yang telah disyariatkan itu. Perbezaannya cuma pada perkara-perkara
berikut:
.
1.
Lafaz dan niat:
.
“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi
ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana
Allah Ta’ala.
.
.
2.
Bacaan selepas Al-Fatihah
.
Rakaat
pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (satu
kali atau 11 kali)
“ALLaahu
la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu
maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa
biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna
bisyai-in min’ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal
ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
“Allah,
tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus
(makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada
di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan)
di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka
dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa
yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi
langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah
Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
.
.
Rakaat
kedua: Surah Al-Ikhlas
(sekali atau 11 kali)
“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam
yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
“Katakanlah : Allah itu Esa!
Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak
ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
.
*Sesungguhnya
sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca
pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’
dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’.
.
.
3.
Membaca Tasbih
.
a.
Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus
sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu
mi-naz-zhoo li-min.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci
Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
.
.
b.
Atau Tasbih berikut 1 kali:
.
.
4. Wirid Selepas Solat Hajat
.
Sesudah
selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
.
a. Istighfar (10 / 100
kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu
i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada
segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da
ro-suu-lul-laah.”
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad
utusan Allah.
.
c. Selawat (10 / 100 kali)
“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa
aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami
Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
.
.
5. Doa Solat Hajat
.
Teruslah
memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula
dan bacalah doa berikut:
.
.
AL-La-Hum-ma in-ni as-a-lu-ka bi-ma-‘aa-qi-dil ‘iz-zi min
‘ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal ‘a-zo-mi,
wa-waj-Hi-kal ‘a-la, wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-’i-la-ha ‘il-laL-Laa-Hul
ha-lii-mul ka-riim, sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil ‘a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi
rab-bil ‘a-la-miin. as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-‘a-zaa-i-ma
magh-fi-ra-tik, wal-‘is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li
birr, was-sa-la-ma-ta min kul-li ‘ithm. Laa-ta-da’ li zhan-ba ‘il-la
gha-far-tah, wa-laa Ham-man ‘il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan ‘il-la
qo-dhai-tah, wa-laa ma-ri-dhan ‘il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa
mis-kiy-nan ‘il-la agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan ‘il-la ‘al-lam-tah, wa-laa
‘a-duu-wan ‘il-la kha-zal-tah, wa-laa ‘ai-ban ‘il-la sa-sar-tah, wa-laa
maiy-yi-tan ‘il-la ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan ‘il-la
qha-dhai-tah. AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii
Ha-zhi-Hi li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-‘ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Pengunjung
Blog Archive
Lencana Facebook
Buku Tamu
Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, copying and any type of childish acts. You're PROHIBITED to open my source page! I'm always watching behind you. Any inquiries, just let me know. I really appreciate your kind deed. Thank you.

Isi COMENT mu disini :)
Kalender
Jam
Permainan Seru :D
Followers
Diberdayakan oleh Blogger.













0 komentar:
Posting Komentar